Friday, November 13, 2009

i feel lonely tonite

mlm ni aku rasa sepi..sepi melayani perasaan sendiri..tiba2 ku rindu menggamit hati.. mengenang abah n mama di tanah suci.. tak pernah berpisah selama ini.. membuatkan aku tercari2... hanya di temani mlm yang sepi.. membuatkan rindu menusuk di hati...
tiba2 terasa rindu.. nak menangis mcm tak boleh..huhuhu... sepi je rasa mlm ni.. wpun mama n abah baru je berangkat pergi tapi rindu menggamit di hati... tiada riuh d rmh membuatkan aku rindu pada mereka... kenapa blm ada berita dari mereka sekarang ini... blm ada panggilan telefon segala... apa khabar mereka disana ya... mama n abah.. I doakan agar mama n abah sihat sentiasa... kami disini akan sentiasa mendoakan agar mama n abah dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna.. jgn risaukan kami disini... Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau lindungi lah mama n abah disana. Kau cucurilah rahmat-Mu ke atas mereka.. semoga mereka selamat pergi dan juga selamat kembali.. aminnnn....

Friday, October 9, 2009

kira2..jumpa kat blogger lain..hehehe..sory

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.


1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20-05-1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna..


Ni aku punya
4: rajin (i dun think so)
5:boleh berbincang
7:patuh

Wednesday, October 7, 2009

inilah kisah ku....

lama dah tak tulis blog. hari ni terasa lah nak mengalunkan kata2 dlm blog ni. nak tulis ttg apa yek??? ttg jodoh leh tak??? aku dah berusia 2??? thn... kalo d ikutkan mmg layak dah kawin bkn layak lagi mmg patut pun dah kawin. kalo dah kawin dah ada sekurang2nya 3 org anak dah kot... muahahaha.. yeke??? dulu time muda remaja.. pernah arr.. sorang mamat kat kpg aku minat kat aku.. mak aku tahu cite ni.. tapi dia tak berkenan ngan budak ni.. aku pun pernah couple gak lah ngan mamat ni.. tapi couple je.. tak pikir kan masa dpn pun..suka2 je nak couple.. member2 aku semua dah pernah or dah ada couple waktu tu aku sorang je yg tak de couple. so teringin lah nak bercouple2 ni.. muahahaha..pastu jodoh tak lama.. hehehe.. aku break ngan dia stlh 2 bln couple... muahahaha.. ingatkan dua thn kan.. dia mengongkong sgt.. tak tahan aku.. lagipun bp aku pernah sound aku, dia tak suka ngan dak ni.. aku couple pun bkn mak bp aku tahu pun..hehe..mak aku siap cakap ngan mak dia, dia nak kt org ni kawin 10 thn akan dtg bkn skrg.. hehe.. mak aku tak suka kt org adik beradik kawan awl.. aku pun tak tahu nape?? tapi tak kisah lah.. kalo aku tak jumpa jodoh aku salahkan mak aku jelah.. sebab tak srh aku kawin awl dulu..hehehe boleh ke??? ala gurau je..selepas break ngan mamat ni aku tak de pakwe lagi.. dulu jumpa lah gak calon2 pakwe.. tapi tak jadi.. apa nak buat.. tak de jodoh.. selepas aku ngan mamat kat kpg aku ni, adik mamat ni pun ada usha gak, termasuk lah kwn mamat ni.. tapi aku tak layan sgt.. tapi kalo aku layan siapa lah agak nya yg jd steady bf aku waktu tu ye??? kwn dia ke or adik dia??? sebenarnyakan aku suka ngan adik dia..huhuhu.. aku rasa mamat ni tahu kot... aku dah lama suka ngan adik dia tapi waktu aku couple ngan si abg si adik tgh usha cousin aku.. hehe.. melepas aku.. sebab tu aku kwn ngan abg..tapi tak jd lak.. sampai skrg aku masih suka ngan adik dia.. tapi aku rasa kt org mmg tak de jodoh.. dah lama aku tak jumpa si abg dan adik.. kalo aku balik kpg tak pernah jumpa dia org lagi.. si abg @ ex aku ni dah kawin pun.. kawin ngan cousin aku sendiri.. dah tiga thn pun dia kawin ngan cousin aku ni.. dah dua org anak pun.. tapi yg peliknya kan kalo aku pegi rmh cousin aku ni mesti mamat ni menyorok aku pun tak tahu nape... waktu dia org kawin aku tak pegi.. bkn sebab aku cemburu k... plsssssssssssss.. tak kuasa aku... aku ada sebab2 yg tertentu.. waktu tu aku tgh kursus kat perak.. tu yg tak sempat pegi wedding dia org.. dia org pun kawin koboi gak.. tak sempat2 aku nak wish dah kawin.. huhuhu... selepas cintan cintun ngan member sekampung kwn aku intorduce kwn tunang dia.. tak lah handsome.. tapi manis tu ada.. aku pun suka gak ngan mamat ni lah.. merancang nak bertunang dah pun.. perghhhh blm pape dah merancang nak bertunang.. tapi waktu tu aku pun tak tahu nape..aku mcm takut nak bawa dia jumpa family.. mak aku kan tak suka aku kawin awl.. tiba2 tup2 je kt org lost contact.. tak de koling2... tak de mesej2.. ilang mcm tu je.. aku pun tak tahu nape... tahu2 je kwn aku yg introduce aku ngan this guy cakap kat aku dia dah turn back ngan makwe dia.. :(( sedih mmg sedih.. tapi aku blh buat muka bodo n cakap kat kwn aku ni yg aku tak kisah.. aku pun tak de pape sgt ngan dia.. kwn aku lak lebih2 mrh.. hehehe... tapi sebenarnya tuhan je yg tahu perasan aku waktu tu...yg terbaru aku kenal satu mamat yg kawan aku introduce kan.. tapi psiko lah pula.. takut aku.. macam miang semacam pun ada.. kiranya scandal aku lah..tapi dia pun tak jadi.. blm ada pape dah berhenti keja.. tak kan nak srh aku tanggung dia kot.. dari aku tanggung dia baik aku tanggung adik2 aku yag masih belajar tu.. uishhh susah tol nak cari jodoh ni kan..yg abis2 nya aku masih single n available walaupun layak tuk jd mak org dah pun.. sapa tak ingin nak bersuami.. tapi...member2 aku cakap aku terlalu memilih.. memilih apa nya dah tak de calon dpn mata mcm mana nak memilih.. apa lah korang ni.. yg paling mengejutkan aku hari ni member2 byk nak kawin... mcm tak caya je.. senang je korang jumpa jodoh yek.. aku ni je masih single mingle lagi... susah tol la... ada calon susah.. tak de calon pun susah... aku juga masih di sini.. inilah hidup ku... apa nak buat????? nasib badan....

Saturday, October 3, 2009

MELAYU MUDAH LUPA

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Sunday, September 6, 2009

insaf sekejap

aku terjumpa satu artikel dlm blog seorang rakan.. sekarang ni aku rajin tol skodeng blog org.. sory ye.. tertarik ngan artikel ni so aku postkan kat blog aku pulak.. untuk renungan aku sendiri dan sesiapa yg membaca blog aku.. so hayati lah artikel ni yek.. artikel ini telah membuatkan air mutiara mata ku jatuh ke laptop..huhuhu... sama2 kt hayati

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.


Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Thursday, September 3, 2009

terjumpa kat blog seorang kenalan.. read dis

read dis...

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.
_._,_.__

Friday, July 31, 2009

rambut baru...

ni kisah aku hari ni..hari ni hari apa yek???erkkk...muahaha. Hari ini hari jumaat.hari ni lepas aku htr mak, ayah n adik aku kat airport aku pun terus kol kwn aku n invite dia gi salon...muahahaha...ampes tol aku kan??? ada ke pegi salon lepas htr mak ayah.. aku bebas sabtu n ahad ni.. mak ayah aku pegi KL... heheh tinggal lah aku sorang je.. pastu nak dijadikan citer aku sebenarnya nak gunting rambut je.. nak layer kan ckit.. aku jeles tgk member aku sorang ni layer rambut.. lawa arrr gak.. so aku pun nak wat gak..so aku tanya arrr org kat salon tu kalo straiten rambut berapa???muahaha.. saja je tanya.. pastu dia cakap perlu tgk rambut gak.so dia tgk arrr rambut.. dia cakap 150..erkkk.. pastu entah mcm mana aku dah kat kerusi salon tu terus gunting n straiten..ampes tol la.. melayang duit aku... so skrg ni aku ada rambut baru arrr... mcm ck gak.. muahaha.. tapi lepas ni aku takde wet la.. nak pegi maktab lagi...waaaaaaaaaaaaaaaaa...mana nak cari duit masuk maktab ni... terpaksa arrr aku pinjam ngan mak ayah aku ni... rambut baru punya pasal lah ni... :((

Tuesday, July 21, 2009

Hamster

Monday, July 20, 2009

~~apabila tangan mengukir kata~~

mengapa ada kata2 yg menghiris duka
mengapa ada bicara bak sembilu bisa
mengapa
mengapa
dan mengapa
kenapa
rembulan bersinar pudar
kenapa
cahaya kelam tak bersuara
hilang sang suria
di laut gelora
kenapa
kenapa
dan kenapa
apabila hilangnya sinar cahaya
suram dirasa menghiris luka
luka yang kelam jauh merana
ada lara yang tak dpt diluahkan dengan kata2
ada bicara yang tak terungkap di bibir kejora
apabila tangan mengukir kata
mengapa ada jiwa yang meronta
mengapa ada jiwa yang terasa
mengapa ada jiwa yang memperolehi sakitnya
apabila tangan mengukir kata
mengapa hati tak tentu hala
mengapa hati mengerahkan tuannya
duduk berdiam sahaja
apabila jari jemari seiring dengan tangan mengukir kata
mengapa aku terkesima
melihat bicara yang diungkapnya
pedih gelora hati merana
melihat kata2 yang bisa merobek jiwa
jari jemari mengukir kata
menyusun indah bicara
tidakkah kau terfikir
bila tangan mengukir kata ada jiwa yang akan menderita
aku lah orangnya....
berhentilah tangan menyusun bicara
aku tidak sanggup lagi membaca
kata2 yg menyebabkan aku terluka selamanya
merasa pedih berabad lamanya
berhenti
berhentilah jari
berhentilah tangan
berhentilah mengukir bicara menghiris hati
di peti yang kaku ini
berhenti lah
kerana ada jiwa yang terluka
~apabila tangan mengukir kata~

Sunday, July 19, 2009

bila laptop berbicara..

aku agak emosi kebelakangan ini... tak tahu nape??? haha injap bocor kot...
bila mlm menjelang hati tidak ketentuan.. emosi berkecamukan, terganggu dek sinar rembulan.. bila bulan menampakkan diri mengapa hati ini turut beremosi..
tangan mula mengukir kata2 yang terungkap di sanubari
jauh di dlm hati,
diri ini terasa merindui
merindui si pria sepi yang tak tahu hati ini sgt mengingati
kadang - kadang Allah sembunyikan matahari, dia dtgkan kita petir dan kilat, kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari???rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi yang lebih indah tak terperi.
sayang sekali mlm ini terlalu sunyi
sunyi hingga menusuk ke hati
bila laptop berbicara
hati turut berduka
terluka dek kata - kata
yang engkau sendiri tak sedar
bila laptop berbicara
ada hati yang terkesima
dek kata - kata yg tak terbicara
hati!!!
mengapa kau mengkhianati diri
meluahkan segala yang terbuku di dada
hati!!!
berhenti berbicara
sebelum semua
mengetahui apa yang ada
mengapa mengkhianati diri dengan bicara yang menghiris luka
luka yang pedih hingga
tak tahu kemana noktahnya..
hati
sedar lah siapa diri
pujuklah hati
agar kau berdiam diri
jgn lepaskan apa yg terbuku di hati
hanya hati yg mampu jdkan siapa diri mu selama ini
hati...
berhenti berbicara
agar aku tidak terluka lagi
:((

Saturday, July 18, 2009

cinta???apa itu cinta???go to hell wif cinta..

erkk..aku nak bercakap pasal cinta lak.. uishhh mcm luar biasa je dak karen mcm aku ni nak cakap ttg cinta yek... member2 yg kenal ngan aku mesti hairan dah buang tebiat ke dak ni.. hahaha... aku pedulii apa.. mlm ni ada yg merunsing kan aku.. ada yg mengganggu pkiran ku... aku yang mengetuk ketenangan pintu hati ku... hahahah.. mcm berpujangga lak.. minah karen bermadah.. mcm tak caya je.. pendek kata aku perlu luahkan,.. kalo tak aku blh gila.. selama ni.. aku asyik dgr masalah org je..korang ingat aku kaunselor ke.. pastu mcm nak mainkan perasan aku lak. sesuka hati je cakap suka pastu tarik balik.. ingatkan aku tunggul ke.. aku bkn penganti k.. sory... talk to hand beb.. aku bkn bj untuk korang tukar.. sebab ni aku tak suka bercinta... go to hell wif luv.. korang tak rasa menyusah kan ke???? bercinta bagai nak rak... pastu sekelip mata je boleh lupa kan org yg korang syg...disebabkan nak bls dendam korang cari makwe len tuk bls dendam tuk makwe ko tu.. bis tu makwe yg sorang tu ko nak campak ke mana?? nape men kan perasan anak org.. dia org layak dicintai ke??? cinta yg menyusahkan...sakit ati tol aku mlm ni.. kalo korang rasa korang nak menkan perasan aku..korang tak layak jd kwn aku... go to hell!!!!!

Thursday, July 16, 2009

ampes tol la

ada lah sorang member aku ni.. dia tulis kat blog dia forget but not forgive.. kiranya mcm tu arr.. huhu.. tertarik gak aku nak baca.. tapi masalah nya apasal nama aku lak kat dlm tu.. ampes tol.. siap promote lagi tu... ni ayat dia-------->Kepada fiqa, karen n hanezaru yg tgh mencari2 cinta tuh.., open ur heart.. Cinta ada di mana2..Juz let it find u k.. (tak abis2 agi pomot neh..wakakak) Beb..kalo jumpe kang kite brsanding arr same2 k.. Save budjet skit, pas tuh kite tempah stadium bukit jalil..Gempak agi dr yusri & erra tuh...wakkakak.. muahahaha.. ampes tol lah dak ck ni.. ada ke patut dia tulis mcm tu... kaber2 lah ckit ngan member.. kalo nak promot tu tulis lah link dia sekali.. muahahaha...ni tulis mcm tu je.. aku bkn nya tak nak bercinta.. bercinta ada.. tapi tak kekal.. nak wat cam ner.. tak de jodoh lagi... org kata jodoh perlu d cari bkn d tunggu. tapi aku tak tau nak cari kat ner.. tak kan nak tulis sign board kot... KAREN TGH MENCARI JODOH.. muahahaha.. aku rasa pengsan mak ayah aku kot... anak dara dia wat pengumuman mcm tu.. hahaha... tak dpt aku bayangkan kalo aku wat pengumuman mcm tu... cinta tu mmg indah..perghhh berfalsafah lak aku ni... mcm bersampah pun ada gak ..hehehe.. tapi masalah buat masa sekarang aku masih suka begini.. asal aku tak susah kan org je.. dah lah kebelakangan ni byk org 'SUMPAH' aku jd andartu.. huhu ampes tol... aku bkn nya nak sgt dpt title tu.. dah masalah nya tak de jodoh nak wat camner.. so aku tgh mencari lah ni. nak mencari pun satu hal gak tau.. nak cari kat ner??? ada suggestion ke??? sapa ada cadangan blh lah kasi tau aku.. aku pun nak gak merasa bagaimana perasaan bercinta... muahahahha...ck ko cari lah tuk aku satu.. aku ni kan "PEMALU" muahahaha

Wednesday, July 15, 2009

gambar spjg aktiviti PL










erkkk...apa yek???

uishhh..bz weiii... lama dah tak tulis dlm blog ni.. tak tahu nak tulis apa.. sejak kuar maktab langsung tak sentuh blog.. member ada tanya tak update blog ke.. eeee mls lah.. so hari ni aku tak tau nak wat pe.. so aku update je lah blog ni.. pengalaman pegi PL mmg tak menyeronokkan. byk aktiviti.. penat gile.. aktiviti mlm nya lagi.. naik gila aku dibuatnya...perghhhh.. kaki sampai kembang..gila ko..2 hari tak leh jln.. rasa nak nangis.. dah arr ada akitiviti burung hantu lak.. benci tol aku.. mmg tak leh lupa arr.. berkayak lagi... fuhhh..berkayak mmg arrr best masalah nya penat siot... kena sunburn lagi... dah lah aku ni mmg tak terang sgt kulit.. dah kena sunburn makin tak terang....waaaaaaa... ni tgh nak membaiki kulit lah ni... aku cuba produk zurainas.. tak tahu ok ke tak... skrg fasa tuk kulit terkupas..benci btl..mcm ada air liur basi je kat muka... nasib baik aku trn kelas aku guna makeup.. kalo tak mmg hodoh gile....:((

Saturday, June 13, 2009

Banner PL


Tgh lukis banner

penat arrr

setelah penat "berkebun" aku n member2 diminta untuk melukis banner untuk PL. baru2 ni aku agak moody.. injap bocor kot. muahahahaha:)). so aku wat keja krn terpaksa. tapi sebab member2 mintak tlg so apa leh buat. tlg je lah.. ni lah aktiviti aku sepanjang ptg tu. pastu perlu buat assingment lak.. rasa nak nangis je.. huhuhuuhu

Wednesday, June 10, 2009

mana lecturer ni????





lama btl aku tunggu... mana lecturer ni.. dah sejam lebih aku tunggu ni... kelas pun dah bising. aku yg bertugas sebagai ketua pun turut join bdk2 ni buat bising.. huhuhu... eran btl aku lecturer mcm mana blh tak tahu dia punya jadual. dah lah tak kasi no telefon.. susah lah kalo mcm ni.. takut nanti kt org kena ganti kelas lak.. tak sanggup lah... tak nak kelas mlm weiiii.. penat.... tak sanggup.. dengan persiapan PL lagi... huhuhu... persediaan fizikal dan mental... huhuhu... fizikal blh lah dijaga... mental???? mcm mana nak sedia... tak dpt.. aku takut ni.... kwn2 jom kita balik... lecturer boleh bla la....:P

muka2 sewaktu taklimat PL



pendidikan luar

hari isnin ni aku n kwn2 perlu pergi pendidikan luar. aku rasa takut nak pergi pendidikan luar. ramai jugak antara kwn2 yang berperasan sedemikian. ingatkan pendidikan luar seperti BIG tapi bkn. org cakap pendidikan luar tidak sesusah BIG. tapi mengikut taklimat yang diberikan Pendidikan luar agak susah dan lebih susah berbanding BIG. pendidikan luar melibatkan aktiviti berkayak dan abselling. perghhhh... gila ko aku dah lah tak tahu berenang. pensyarah lak akan segaja membuat ombak.. uishhh kalo aku jatuh dlm air mcm mana. mama, i tak nak pergiiiiiiiii.. aku tak nak pergi.. susah ooo.. abselling satu hal lagi, aku dah lah gayat. rasa nya aku org pertama nangis kalo suruh panjat.......:(( takut oooo... rasa mcm tak pergi je ni... huhuhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...