Sunday, December 25, 2011

1st time terjadi sejak 14 tahun!!

Hari ini tercatat sejarah yang baru bagi Karen..Selama 14 tahun tinggal di rumah sekarang baru pertama kali rumah Karen di masuki air..huhuhu..:'(
Tengah best - best karen online chat ngan member - member facebook..Tiba - tiba je adik Karen masuk dalam bilik..Dengan baju yang basah..So Karen tanya dengan adik..Nape? Sebab adik Karen tak pernah masuk bilik Karen kalau tak de pape..Dia pun jawab ada kayu tak..Karen pun hairan nak buat apa kayu tu..Nak pukul orang ke? hehe..Takde lah..adik Karen bukan Gangster kpg Pisang tau..hehe.. Jawapan dia selepas tu yang menyebabkan Karen terkejut dan terus turun ke tingkat bawah..huhu Nak tahu apa jawapan dia? Ni jawapan dia..Satu gambar boleh menceritakan 1001 satu cerita..huhu

Inilah yang berlaku pada Karen petang tadi...Rumah di masuki air beb..huhu.. Terkejut Karen..Sejak 14 tahun Karen duduk kat rumah ni, tak pernah pun kejadian seperti ini berlaku..Amaran air pasang tinggi memang selalu kami terima..Tapi rumah Karen walaupun di belakang adalah sungai, rumah kita orang tak pernah dimasuki air..Sedang Karen dan adik - adik menyelamatkan barang - barang di dalam rumah, elektrik tiba - tiba je terpadam..Warghhhhh terlupa nak angkat mesin jahit mak lah..So wayar elektrik terkena air menyebabkan elektrik rumah Karen terputus..huhu.. Sorry Mama..Terlupa..Nasib baiklah satu kawasan dapur je yang dimasuki air..Sebab di ruang tamu dan semua bilik dah di buat tinggi..kecuali bahagian dapur..Warghhhh..Tensionnyer..Dalam tension tension tu seronak gak main air..hehe..Rasa kembali semua ke zaman kanak - kanak..hehe..Nasib baiklah air dah surut..Ingatkan esok baru nak mop lantai semua..Tapi bila Turun ke bawah tadi tengok dah bersih lah pula..Wah pandai gak air ni bersihkan rumah ye...hehehe..Rupa rupanya makcik Karen dah bersihkan dapur lepas dia balik kerja tadi..Alahai makcik kesiannya tengok dia..Terima kasih ye..hehe..Mak Karen kata tadi esok kena jaga - jaga gak sebab air pasang ni besar ni akan mengambil masa 3 hari..warghhhhh 3 HARI!!! Lama tu..Nak kena kemas betul - betul semua barang di bahagian dapurlah nampaknya ni.. Sebenarnya hari ni hujan turun tak henti henti di Kuching...Fenomena air pasang + hujan yang turun tak henti - henti menyebabkan banyak kawasan banjir...huhu..Kesian kan??? Karen harap hari ni je air masuk rumah.. Dua hari lagi tu, janganlah air masuk rumah lagi..Cukuplah sehari ni je.. HARI INI DALAM SEJARAH HIDUP KAREN!!!!

Thursday, December 22, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Sahabat

Pernah pada suatu ketika aku di kelilingi oleh mereka..Gelak ketawa, suka duka silih berganti.. Perselisihan faham pernah juga terjadi...Tetapi kita tetap bersama..Kembali semula menjadi SAHABAT..Itu satu ketika, ketika aku masih mempunyai mereka..Sekarang, dunia ku sepi..Tanpa insan bergelar sahabat..Apabila sahabat hilang seorang demi seorang, bagaikan terdapatnya yang terpadam satu persatu..Aku menjadi pilu..Hanya tinggal satu lampu, itu pun semakin pudar dan semakin malap..Hanya menunggu hari untuk terpadam buat selamanya.. SAHABAT ku.. Bukan ku tak mahu berjalan seiring denganmu..Tapi ku rasa ku tak mampu lagi untuk bersama - sama melangkah bersama.. Kau dengan duniamu...Dan aku dengan dunia ku..Pernah satu ketika kita berjalan pada satu arah yang sama..Sekarang kita tiba pada akhir jalan yang bakal memisahkan kita..Jalan yang pernah kita lalui bersama sekarang terpecah dua..Kau memilih untuk melangkah ke arah jalan yang lain.. Aku pula tetap di alur yang sama..Sahabat.. Aku harap kau bahagia dengan jalanmu itu..Aku masih di jalan yang sama..Jangan kau risau..Satu hari kita mungkin bertemu di jalan yang lain.. Aku tidak mampu ikut bersama pada jalan pilihan mu itu..Entah bila aku akan mampu berjalan seiring denganmu sekali lagi..Bila ku fikirkan ini aku rasa bagaikan hidup ini tak bererti tanpamu sahabat..Pernah satu ketika aku rasa bagaikan mahu menghentikanmu dari meneruskan langkahmu ke arah yang baru..Tapi aku tak mampu..Aku akan kehilanganmu sahabat..Aku tetap redha dengan apa yang berlaku..mungkin sampai disini sahaja langkah kita bersama...Aku amat mengharapkan kau bahagia walau dimanapun engkau berada..Aku tetap disini, menghitung hari untuk berjalan seiring bersama dengan kalian semua...
 

Tuesday, November 29, 2011

Hadiah hari perkahwinan?????

Salam untuk semua warga blogger & follower blog Karen ni.. Ni karen nak tanyalah kan.. Semua mesti tahu sekarang ni musim cuti sekolah dalam erti kata yang lain musim orang "kahwin" huhuhu.. Dalam bulan Disember ni je Karen ada dapat undangan menghadiri majlis pernikahan rakan- rakan Karen..Tiga orang pula tu..Kopak lah duit Karen bulan ni ye..haha..Takde lah..acah je tu..So Karen nak tanyalah pendapat para blogger semua.. Hadiah apa yang Karen patut kasi untuk rakan - rakan Karen tu ek..Boleh tak para blogger tolong Karen "decide" hadiah apa yang patut Karen kasi untuk rakan - rakan Karen ni????

Wednesday, October 5, 2011

JaTuh CiNta?

wahhh..aku rasa aku dah jatuh cinta la..jatuh cinta pada gambar..huhuhu..sekeping gambar memberikan 1001 cerita..tolongggg..sapa boleh tolong aku..takkan nak jatuh cinta ngan budak2 kot..

Tuesday, September 27, 2011

Header Yang Karen Buat Sendiri

Karen try buat header sendiri..Karen lukis guna photoshop..Dan inilah hasil yang Karen dpt..huhu






Sunday, July 31, 2011

Kursus Orientasi Di Kota Kinabalu Sabah (23 Julai 2011 - 29 Julai 2011)

Disini aku nak kongsi pengalaman aku berkursus di Sabah pada minggu lepas. Mula - mula dapat berita nak berkursus tu aku rasa mcm tak nak pegi..warghhhh..sedih ooo nak tinggalkan Swk tercinta..hehe.. tapi untuk layak untuk naik gred so aku TERPAKSA lah pegi..huhu :'(
So nak dijadikan cerita tu wpun sedih aku pergi gak..tapi bila mula menjejakkan kaki ke tanah Sabah aku x-cited lah pulak.. hehe..dari atas aku dpt tgk Sabah yg indah..dengan pulau - pulau nya..dgn air yg biru..teruja sungguh...Sewaktu di airport aku & the geng telah merancang utk x-tend kt org punya tiket..sepatutnya kt org balik pada 29 Julai tapi kt org tunda pada 30 Julai.. hehe.. disebabkan kt org perlu menghadirkan diri untuk kursus mana ada masa nak keluar kan? so tarikh tunda tu adalah untuk kt org luangkan masa untuk jelajah bumi Sabah..
Hari pertama sampai ke Sabah kt org sempat gak shopping di Pasar Philipine.. byk sungguh cenderahati yg dijual kat situ..tapi yg aku tak blh lupa tu adalah cenderahati yg berbentuk beg katak..memang menggelikan..bagi aku lah..tak tahu lah bagi org lain..hehe..setelah dirisik beg itu mmg asalnya dari katak yg telah di awet..warghhhhhh...geli siotttt...asal aku pegi dkt beg tu je mesti seram satu badan..nasib baik lah ada seorang member aku ni yg alihkan katak tu..kalau tak mmg aku keluar dari pasar tu saat itu juga..hahaha.. kat pasar ni mmg byk cenderahati yg menarik..mmg aku syorkan pada sesiapa yg hendak pegi ke Sabah tu singgah lah ke pasar ni ek..
Melalut je keja aku ni..yg aku nak cerita ni sebenarnya pengalaman berkursus selama seminggu di IKM Sabah.. hari pertama mmg memenatkan..Geng kt org berangkat dari airport kch jam 6.10 am.. bayangkanlah pkl berapa kt org perlu berada di airport..sampai je kat Sabah sempat shopping sementara menunggu time pendaftaran.. selepas pendaftaran kt org tidak di benarkan lagi untuk keluar dari IKM..bermulalah detik utk berkursus..mmg penat.. sebab hari pertama sehingga hari ke hari ketiga program nya ialah mendengar ceramah..ada sesi pecahan kumpulan pada hari pertama.. mula dari hari pertama kt org perlu duduk dlm kumpulan..yang melucukannya aku dapat kump yg semuanya kaki tido..hahaha..sorry girls and guys...aku pun kaki tido gak..disebabkan pihak urusetia hanya membenarkan kami tido pada jam 2 pagi dan perlu bangun jam 4 pagi jadi semua peserta kursus tidak mempunyai masa rehat yg cukup..haha..so kebanyakannya tertido pada time org ceramah..sama juga lah dgn aku..huhu..waktu tu aku mmg tak leh jumpa kerusi kuning yg kt org selalu duduk tu..asal duduk je kat kerusi kuning tu automatik mata aku mmg pejam..haha..semua pulun berzikir je..pening tu jgn kata lagi lah..tak cukuk tido punya pasal..waktu berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku pun aku boleh rasa nak tido..aku tgk penceramah tu mcm dah double..aku risau gak kalo aku tertido time tu..buatnya aku terjatuh n tertido time tu sambil berdengkur sapa yg malu...aku gak..muahahaha..aktiviti mmg padat..dari pagi sampai ke awal pagi yg satu lagi..mlm yg kedua kt org cuma ada masa tido tak sampai satu jam..rasanya dlm 45 minit je..huhuhu..time tu mmg panas baran semua..tapi disebalik nya mmg ada maksud yg tersirat..kt org je yg tak faham waktu tu..masuk hari yg keempat aktiviti byk melibatkan fizikal..so masa utk mengantuk tu tak de lah sgt sebab byk melakukan pergerakan..tapi aku tetap aku..hahaha..asal ada masa je aku mesti terlelap..well nak buat mcam mana..pembawaan umur..haha..yelah tu kan..hari keempat dan kelima lebih kepada LDK..dari situ kt blh lihat semangat berpasukan amat menyerlah dlm peserta kursus..semua org lebih bersemangat dan sudah mula berkawan sesama peserta lain..hubungan persahabatan semakin erat.. disini aku kenal dgn rakan - rakan yg lain..kumpulan aku (thomas, george, ika, hafshah, virda, suriah, yat, kak yati, kak arnie, kak pat, kak dora, kak wati) - "sarbah tanching"...that's our group..mmg best.. aku tak sangka aku akan mengalami pengalaman seperti ini..rasa nak putarkan semula saat kt bersama..:'( kenangan bersama kalian tidak akan aku lupakan.. semangat setiakawan mmg teruji ketika aktiviti Kembara..saat suka duka, mmg aku tak kan lupakan.. wpun aktiviti ini amat memenatkan tetapi pengalaman yg aku lalui mmg sgt - sgt berharga.. wpun di bayar satu juta pengalaman seperti ini amat bermakna dlm hidup aku..pengisian kursus akan tetap aku sematkan dalam hati..sedikit sebanyak jauh di lubuk hati aku amat tersentuh dgn apa yg di sampaikan..
hari Jumaat merupakan hari terakhir aku di IKM Sabah..saat berbunyinya wisel menandakan tamatnya kursus orientasi maka berakhirlah pengalaman kursus kami di Sabah..semua bergegas untuk pulang..sehinggakan aku tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal pada rakan - rakan yang lain..tapi disini aku ingin mengucapkan selamat tinggal pada rakan - rakan yg sama - sama berkursus di IKM Sabah..pengalaman bersama kalian tidak akan aku lupakan sampai bila - bila..
Sekarang aktiviti untuk melepaskan tension selepas penat berkursus..dengan ditemani tiga org rakan, kami mulakan operasi untuk menjelajah Sabah dalam masa yg terdekat..hehehe..selepas check in di hotel kami iaitu Seri Borneo , aku dan rakan - rakan telah pergi ke jeti tempat untuk pelancong menjelajah ke pulau - pulau sekitar Kota Kinabalu.. aku dan rakan - rakan telah pergi melawat ke Pulau Manukan...Pulau yg sangat cantik..tapi sayangnya disebabkan kami pergi agak tergesa - gesa krn jam tlh menunjukkan jam 3 ptg, kami tidak dapat membuat persiapan yg secukupnya..kami langsung tidak terfikir untuk bermandi manda di Pulau tersebut..huhuhu :'(  kami hanya sempat menjelejah pulau tersebut dan berjalan - jalan di sekitar nya sahaja..kami semua berazam untuk menjejakkan kaki ke pulau tersebut sekali lagi bersama - sama org yg tersayang.. dalam hati aku juga turut menyimpan hasrat yg sama.. bercuti di Pulau tersebut bersama "Suami tercinta"..haha..angan2 aku saja tu.. entahkan ad entahkan tidak jodoh ku itu..ermmm..entahlah..
Bagi kawan - kawan yg bersama - sama bercuti di Kota Kinabalu, Sabah wpun hanya sehari aku amat "enjoy" dgn percutian ini..hasrat ku untuk bercuti bersama rakan - rakan telah tercapai..tinggal satu hasrat lagi yg blm tercapai..kt tunggu dan lihat sajalah adakah hasrat ku yg satu lagi tercapai atau tidak ya..hahaha..wpun dlm satu masa yg singkat, percutian di Sabah tidak akan aku lupakan..
Esok bermulanya perjuangan kt dalam menegakkan sesuatu yg tersembunyi..hahaha..bermula semula tugas kt rakan - rakan semua.. Ingatlah pesanan yg ada dalam orientasi..ingat pesanan TKF kt ya.."Perjuangan belum selesai" .. aku ada rakan yang bersama - sama dalam meneruskan perjuangan aku ini... Hidup K****...Hidup kita semua.. Sayang kalian semua..

Saturday, May 14, 2011

Cara mudah membuat mata untuk doodle ANDA..

Mula anda mesti ada adobe photoshop..dalam kes saya, saya lebih selesa menggunakan adobe photoshop elements.. Kiranya software ini adalah untuk orang-orang yang kurang pengetahuan dalam photoshop ni seperti SAYA..haha..Saya baru saja berjinak dlm photoshop.. Kalau ada yang salah sila tegur ya..huhu…Anda mungkin lebih mahir menggunakan photoshop ini berbanding saya
Untuk membuat mata, saya hanya menggunakan shape tool dalam photoshop
Langkah pertama ialah tekan butang Ellipse tool (U) seperti yang terpapar dibawah.. Bila anda menekan butang ini di bahagian atas akan terpapar pelbagai bentuk yang anda mahu, petak bulat dan sebagainya.. Anda juga bolah menekan right click untuk mengaktifkan pelbagai bentuk yang anda rasakan sesuai..Tapi untuk mata sudah semestinya kita menggunakan bentuk bulat..hehe :P


Seterusnya bila sudah memilih bentuk yang anda mahu.. kita boleh mula melukis..bawa anak panah ke canvas dan lukis bentuk bulat..kalau anda suka mata yang sepet anda juga boleh mengatur sedikit bentuk tersebut seperti yang anda kehendaki..Saya lebih meminati mata yang besar dan bulat seperti dibawah..


Untuk membuat anak mata, tekan butang switch foreground and background terlebih dahulu untuk menukar warna anak mata..kerana sebelum ini warna yang dipilih adalah hitam, jadi kita akan menukarkannya dengan warna putih dengan menukar warna yang akan terpapar pada canvas, seperti yang terpapar pada gambar dibawah


Selepas itu tekan butang Pensil


Pilih saiz mata pensil yang sesuai dengan mata yang telah anda lukis tadi
Letakkan mouse pada mata yang telah dilukis dan pilih posisi mana anda henda meletakkan anak mata anda..


Klik mouse anda untuk mendapatkan hasil anak mata seperti dibawah..

Saya telah memilih untuk meletakkan dua anak mata satu kecil dan satu besar…Ini kerana saya merasakan bahawa dua anak mata membuatkan lukisan doodle saya lebih cantik dan comel (syok sendirilah tu)..hehe Selepas itu tekan butang Move Tool (V)..Ini kerana saya akan membuat pendua bagi mata tersebut..


Tekan butang Alt pada keyboard anda dan bawa mouse anda ke mata yang telah siap itu.. Pastikan butang Alt tersebut masih ditekan dan jangan lepaskan terlebih dahulu..Pastikan juga kotak pada mata yang telah dilukis itu adalah sama seperti gambar dibawah


Tarikkan mouse itu kesebelah kiri atau kanan canvas..Anda akan mendapat sepasang mata yang sangat comel..hehe
Tadaaaa..Siap sudah mata untuk doodle anda..Comelkan..hehe.. Selamat mencuba..

Sunday, May 8, 2011

Happy Aniversary Mama..Happy Aniversary Abah

Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan Mama & Abah..Ermm.. tak sangka mereka telah menempuhi alam perkahwinan selama 31 tahun.. Walaupun kadang-kadang ada berlaku perselisihan faham but they still together..So sweet.. Alangkah bestnya kalau aku dapat suami mcm Abah.. Handsome..hahaha..baik hati.. yang paling penting SAYANGKAN Mama sepenuh hati..Alangkah bertuahnya Mama mendapat suami seperti Abah.. Orang yang paling aku sayang ialah Mama & Abah.. Tanpa mereka maka tidak adalah aku sekarang ini..Mama Abah, I love both of you very much.. Disini I ingin mengucapkan selamat ulang tahun..Semoga bahagia selalu, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..I am always be your little girl..Ingin rasanya kembali ke zaman kanak-kanak..Ermmm..


Sayang Mama & Abah sampai bila - bila <3

I tujukan khas gambar ini untuk mama & abah..hehehe


Saturday, April 30, 2011

DOODLE ADDICT....HELPPPPP!!!!!!

aku rasa aku dah jd doodle addict lah..try to buat doodle yg perfect..but there no a perfect doodle for me.. yang ada cuma PerCuBaaN..huhu..i try my best.. aku akan cuba buat lagi sampai aku puas hati..hahahaha













wpun tak secantik mana but for me... OK LE TU

PERHATIAN

PENGUMUMAN!!!!!!! aku tlh cuba membuat doodle sendiri wpun taklah secantik mana tp ini adalah hasil doodle ku yg pertama..bangganya weiii... haha
yang pertama

yang kedua
wpun tak secantik doodle whisper,dollydle but i try my best..hehe..tq korang sebab jd mentor..huhuhu

Thursday, April 28, 2011

CaNtiKnya Blog Korang


Dua tiga minggu ni aku asyik je update blog..Tukar sana tukar sini..Jeles tahap gabanhttp://www.emocutez.comtengok blog korang..Cantik giler tu bebhttp://www.emocutez.com..Tuan empunya blog tu ada gak budak2 yg masih sekolah..Wahhh cayalah koranghttp://eemoticons.net..Tabik springhttp://eemoticons.net "akak" tgk tau..Ni tak boleh jd ni..Aku mesti berusaha gak utk menjadikan blog aku ni yg tercantik..muaahahahha(ketawa jahat)http://www.emocutez.com..Walaupun mustahillah aku nak mendapatkan blog paling cantik tapi cantik bagi mata aku pun ok gaklah kan..hehehe(tersenyum maluhttp://www.emocutez.com..Zaman aku dulu mana kenal ngan laptop dgn komputer semua ni..Alahai zaman dulu http://eemoticons.nettak de hiburan..Tapi zaman sekarang perlu http://eemoticons.netmengejar kemajuan..Kalau tidak nanti org kata katak bawah tempurunglah pulak..Ada ke org dia katakan "katak" tak patut tak patuthttp://eemoticons.net (sambil mengelengkan kepala..Blog entri pun menarik tertarik ko mmg dabommmhttp://eemoticons.net..Manalah korang cari korang punya idea..Akak ni nak dapat satu idea pun susahhttp://eemoticons.net..ish ishh..Ada gak adik2 ni yang telah berjaya membuat tutorial dgn jayanya..dah boleh main "HTML" segala.http://eemoticons.net.Apalah yang guru korang ajarkan kat sekolah tu yahttp://eemoticons.net..Rasa nak masuk sekolah lagilah belajar mcm mana nak buat BLOG TERCOMEL ni..huhuhuhttp://eemoticons.net..Macam sekarang ni pun aku dah tgh blur nak tulis apa..Warghh...Tlggggggggggghttp://eemoticons.net..Takde idea ni dik..So apa yg patut aku buat ek..Adakah aku patut
tinggalkan je dunia keblog-an ni
..Perrghhhh ayat..hahaha..Bak kata mak aku.."diluah mati bapak ditelan mati anak" eee maknya..http://eemoticons.net
http://eemoticons.netTapi..tapi..tapi..tapi..tapikan..(byknya tapi) aku masih minat utk menceburkan diri dlm bidang Keblog-an ni..Walaupun takde org yang baca blog aku tapi..aku baca..http://eemoticons.netSS(syok sendiri) lah pula..ADA AKU KESAH??http://eemoticons.net..Janji aku minat dan aku suka..kalau takde or baca aku sendiri blh baca..btl tak? Sapa setuju angkat ibu jari kaki..http://eemoticons.netmuahahaha..oklah ni je kot yg aku nak bebelkan..Pada sape2 yang baca blog aku ni aku ucapkan terima kasihlahhttp://eemoticons.net kerana korang sudi baca blog yg tak seberapa ni..Pada sape2 yg tak baca pun aku ucapkan terima kasih jugahttp://eemoticons.net..Krn koranglah aku sentiasa mencari idea bagaimana nak suruh korang http://eemoticons.netmelawat blog aku yang tak seberapa ni...pada sape2 yg menganjurkan contest blog paling cantik tu blh tak kasi "akak" http://eemoticons.netaward blog paling cantik ke or blog yg paling kasihan ke..wakakaka..http://eemoticons.nettak malu minta award..hehe..tq korang2 semua atas sokongan yg tak berbelah bagihttp://eemoticons.net..cewahhh ayat aku ni kalau OGY AHMAD **** dgr mesti jeles tahap cipan kanhttp://eemoticons.net..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...