Saturday, April 30, 2011

DOODLE ADDICT....HELPPPPP!!!!!!

aku rasa aku dah jd doodle addict lah..try to buat doodle yg perfect..but there no a perfect doodle for me.. yang ada cuma PerCuBaaN..huhu..i try my best.. aku akan cuba buat lagi sampai aku puas hati..hahahaha













wpun tak secantik mana but for me... OK LE TU

PERHATIAN

PENGUMUMAN!!!!!!! aku tlh cuba membuat doodle sendiri wpun taklah secantik mana tp ini adalah hasil doodle ku yg pertama..bangganya weiii... haha
yang pertama

yang kedua
wpun tak secantik doodle whisper,dollydle but i try my best..hehe..tq korang sebab jd mentor..huhuhu

Thursday, April 28, 2011

CaNtiKnya Blog Korang


Dua tiga minggu ni aku asyik je update blog..Tukar sana tukar sini..Jeles tahap gabanhttp://www.emocutez.comtengok blog korang..Cantik giler tu bebhttp://www.emocutez.com..Tuan empunya blog tu ada gak budak2 yg masih sekolah..Wahhh cayalah koranghttp://eemoticons.net..Tabik springhttp://eemoticons.net "akak" tgk tau..Ni tak boleh jd ni..Aku mesti berusaha gak utk menjadikan blog aku ni yg tercantik..muaahahahha(ketawa jahat)http://www.emocutez.com..Walaupun mustahillah aku nak mendapatkan blog paling cantik tapi cantik bagi mata aku pun ok gaklah kan..hehehe(tersenyum maluhttp://www.emocutez.com..Zaman aku dulu mana kenal ngan laptop dgn komputer semua ni..Alahai zaman dulu http://eemoticons.nettak de hiburan..Tapi zaman sekarang perlu http://eemoticons.netmengejar kemajuan..Kalau tidak nanti org kata katak bawah tempurunglah pulak..Ada ke org dia katakan "katak" tak patut tak patuthttp://eemoticons.net (sambil mengelengkan kepala..Blog entri pun menarik tertarik ko mmg dabommmhttp://eemoticons.net..Manalah korang cari korang punya idea..Akak ni nak dapat satu idea pun susahhttp://eemoticons.net..ish ishh..Ada gak adik2 ni yang telah berjaya membuat tutorial dgn jayanya..dah boleh main "HTML" segala.http://eemoticons.net.Apalah yang guru korang ajarkan kat sekolah tu yahttp://eemoticons.net..Rasa nak masuk sekolah lagilah belajar mcm mana nak buat BLOG TERCOMEL ni..huhuhuhttp://eemoticons.net..Macam sekarang ni pun aku dah tgh blur nak tulis apa..Warghh...Tlggggggggggghttp://eemoticons.net..Takde idea ni dik..So apa yg patut aku buat ek..Adakah aku patut
tinggalkan je dunia keblog-an ni
..Perrghhhh ayat..hahaha..Bak kata mak aku.."diluah mati bapak ditelan mati anak" eee maknya..http://eemoticons.net
http://eemoticons.netTapi..tapi..tapi..tapi..tapikan..(byknya tapi) aku masih minat utk menceburkan diri dlm bidang Keblog-an ni..Walaupun takde org yang baca blog aku tapi..aku baca..http://eemoticons.netSS(syok sendiri) lah pula..ADA AKU KESAH??http://eemoticons.net..Janji aku minat dan aku suka..kalau takde or baca aku sendiri blh baca..btl tak? Sapa setuju angkat ibu jari kaki..http://eemoticons.netmuahahaha..oklah ni je kot yg aku nak bebelkan..Pada sape2 yang baca blog aku ni aku ucapkan terima kasihlahhttp://eemoticons.net kerana korang sudi baca blog yg tak seberapa ni..Pada sape2 yg tak baca pun aku ucapkan terima kasih jugahttp://eemoticons.net..Krn koranglah aku sentiasa mencari idea bagaimana nak suruh korang http://eemoticons.netmelawat blog aku yang tak seberapa ni...pada sape2 yg menganjurkan contest blog paling cantik tu blh tak kasi "akak" http://eemoticons.netaward blog paling cantik ke or blog yg paling kasihan ke..wakakaka..http://eemoticons.nettak malu minta award..hehe..tq korang2 semua atas sokongan yg tak berbelah bagihttp://eemoticons.net..cewahhh ayat aku ni kalau OGY AHMAD **** dgr mesti jeles tahap cipan kanhttp://eemoticons.net..

Saturday, April 23, 2011

Abu Nawas


Abu Nawas adalah seorang yang cerdik dan mempunyai pemikiran yang luas, tetapi perwatakannya sangat melucukan dan menjadi bahan ketawa kepada orang ramai pada masa itu. Beliau sangat disanjungi dan disayangi oleh Khalifah Harun Al-Rashid.

Pada suatu hari Abu Nawas pergi ke pasar untuk berjumpa kawan-kawannya. Keadaan pasar pada pagi itu sibuk dengan orang ramai yang sedang membeli belah. Apabila tiba sahaja di pasar Abu Nawas berkata "Hai kawan-kawanku, aku sangat benci kepada yang hak dan sangat cinta kepada fitnah" dan beliau berkata lagi "Aku sesungguhnya pada hari ini sangat kaya malah lebih kaya daripada Allah". Orang ramai yang mendengar ucapan Abu Nawas mulai rasa curiga dan menuduh Abu Nawas sudah tidak siuman lagi karana semua orang sangat mencintai kepada perkara yang hak dan membenci kepada fitnah dan sesungguhnya Allah maha kaya dari sekelian makhlukNya.

Orang ramai yang berada disitu telah menangkap Abu Nawas dan membawanya mengadap Khalifah Harun Al-Rashid. Orang ramai memberi tahu Khalifah Harun Al-Rashid tentang ucapan Abu Nawas di pasar tadi, Khalifah sangat marah dengan kata-kata Abu Nawas. Oleh kerana Khalifah adalah seorang pemerintah yang adil, beginda tidak terus menghukum Abu Nawas sehingga beliau benar-benar pasti akan kebenaran kata-kata Abu Nawas. Khalifah bertanya kepada Abu Nawas "Adakah benar kamu mengatakan bahawa kamu sangat membenci kepada yang hak dan mencintai kepada fitnah?". "Benar wahai Amirul Mukminin" jawab Abu Nawas. Khalifah bertanya lagi "Adakah benar kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah?". Jawab Abu Nawas "Benar wahai Amirul Mukminin".

Khalifah Harun Al-Rashid sangat marah kepada Abu Nawas kerana setahunya Abu Nawas adalah seorang yang alim dan sentiasa bertakwa kepada Allah. Khalifah berkata "Apakah yang telah terjadi kepada kamu?. Telah kafirkah kamu kerana sanggup mengucapkan kata-kata tersebut?". Abu Nawas tersenyum dan berkata "Sabarlah wahai Amirul Mukminin, dengarlah dahulu penjelasan hamba" "Apa yang kamu hendak jelaskan lagi, bukankah kata-kata kamu sudah jelas dan nyata" jawab Khalifah. "Begini wahai Amirul Mukminin" jawab Abu Nawas dan menyambungnya lagi "Aku sering mendengar orang membaca talkin bahawa mati itu adalah hak dan neraka adalah hak, bukankah mati dan neraka sangat dibenci oleh orang ramai" "Saya rasa Amirul Mukminin juga membenci akan mati dan neraka sama seperti saya membencinya" kara Abu Nawas. Khalifah Harun Al-Rashid mengangguk-nganggukkan kepalanya menandakan kebenaran kata-kata Abu Nawas.

"Bagaimana pula dengan kata-kata mu bahwa kamu sangat mencintai kepada fitnah" kata Khalifah. Jawab Abu Nawas "Anak dan Harta boleh membawa kepada fitnah, tidak ada seorang pun yang membenci akan anak dan harta. Khalifah sendiri sangat mencintai anak dan suka mengumpulkan harta". Khalifah sekali menganggukkan kepalanya sebagai menandakan kebenaran kata-kata Abu Nawas.

Khalifah Harun Al-Rahid bertanya lagi "Terangkan kepada ku bagimana kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah". Abu Nawas menjawab dengan selamba "Saya mempunyai ramai anak sedangkan Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan". Orang ramai yang berada disitu berasa lega dan berpuas hati diatas penjelasan Abu Nawas. Mereka pun beredar dari situ untuk meneruskan aktiviti masing-masing.

Khalifah Harun Al-Rashid memberikah hadiah kepada Abu Nawas diatas kebijaksanaannya dan berkata berkata kepada Abu Nawas "Apakah sebenarnya yang menyebabkan kamu mengucapkan kata-kata tersebut di khalayak ramai". Abu Nawas menjawab bahwa dia ingin berjumpa dengan Amirul Mukminin, hanya dengan cara itu sahajalah dia dapat berjumpa dengan Amirul Mukmini.

Setelah berbual-bual dengan Khalifah Harun Al-Rashid, Abu Nawas memohon diri dan beredar dari situ..

Thursday, April 21, 2011

Abu Nawas dan 6 ekor lembu berjanggut



Pada suatu hari, Sultan Harun al-Rasyid memanggil Abu Nawas menghadap ke Istana. Kali ini Sultan ingin menguji kecerdikan Abu Nawas. Sesampainya di hadapan Sultan, Abu Nawas pun menyembah. Dan Sultan bertitah, "Hai, Abu Nawas, aku menginginkan enam ekor lembu berjanggut yang pandai bicara, bolehkah engkau membaca mereka dalam masa seminggu? Kalau gagal, akan aku penggal lehermu.


"Baiklah, tuanku Shah Alam, hamba junjung tinggi titah tuanku."

Semua pegawai istana yang hadir pada saat itu, berkata dalam hati, "Mampuslah kau Abu Nawas!"

Abu Nawas memohon diri dan pulang ke rumah. Ketika sampai di rumah, ia duduk berdiam diri merenungkan keinginan Sultan. Seharian ia tidak keluar rumah, sehingga membuat tetangga hairan. Dia pun keluar dari rumah seminggu kemudian, iaitu pada waktu yang diberikan Sultan kepadanya.

Ia akan menuju kerumunan orang yang banyak, lalu ujarnya, "Wahai orang-orang muda, hari ini hari apa?"

Orang-orang yang menjawab benar akan dia lepaskan, tetapi orang-orang yang menjawab salah, akan dia akan ditahan. Dan ternyata, tidak ada seorangpun yang menjawab dengan betul. Selepas itu, Abu Nawas pun marah-marah kepada mereka, "Soalan seperti itu pun awak semua tidak dapat menjawab. Kalau begitu, mari kita menghadap Sultan Harun Al-Rashid, untuk mencari tahu kebenaran yang sesungguhnya. "

Keesokan harinya, balairung istana Baghdad dipenuhi warga masyarakat yang ingin tahu kesanggupan Abu Nawas membawa enam ekor Lembu berjanggut.

Sampai di depan Sultan Harun Al-Rashid, ia pun mengaturkan sembah dan duduk . Lalu, Sultan berkata, "Wahai Abu Nawas, mana lembu berjanggut yang pandai bicara itu?"

Tanpa banyak bicara, Abu Nawas pun menunjuk keenam orang yang dibawanya itu, "Inilah mereka, tuanku Shah Alam."
"Hai, Abu Nawas, apa yang kau tunjukkan kepadaku itu?"
"Ya, tuanku Shah Alam, tanyalah pada mereka hari apa sekarang," jawab Abu Nawas.


Ketika Sultan bertanya, ternyata orang-orang itu memberikan jawapan berbeza-beza. Maka jawablah Abu Nawas, "Jika mereka manusia, tentunya tahu hari ini hari apa. Apalagi jika tuanku menanyakan hari yang lain, akan tambah pusinglah mereka. Manusia atau haiwan kah mereka ini? "Inilah lembu berjanggut yang pandai bicara itu, Tuanku."


Sultan hairan melihat Abu Nawas pandai melepaskan diri daripada ancaman hukuman. Maka Sultan pun memberikan hadiah 5.000 dinar kepada Abu Nawas.

Tahukah anda asal bermula kisah 1001 malam?



Kisah ini bermula dari seorang raja. Ia mempunyai permaisuri yang sangat cantik. Entah kenapa, sang permaisuri ternyata bersekedudukan dengan seorang askar. Ketika mengetahui hal ini, sang raja sangat murka. Ia menghukum mati permaisurinya. Demikian juga dengan askarnya itu.

Semenjak itu, sang raja sangat berdendam pada setiap wanita. Tetapi meski begitu, ia ingin terus berkahwin. Kejamnya sang raja, sehari selepas berkahwin, ia akan menghukum mati permaisuri barunya itu. Tak ada yang dapat menghentikan perilaku raja ini.
Meski para pembesar – pembesar negeri tidak bersetuju, mereka hanya boleh berdiam diri sahaja.

Begitu juga dengan rakyatnya. Mereka hanya hanya pasrah dengan kekejaman sang raja.
Apalagi bagi mereka yang mempunyai anak perempuan. Setiap hari mereka
berasa ragu - ragu. Mereka takut sang raja akan memilih puteri mereka. Mereka hanya
dapat merasakan kebahagiaan sejenak. Iaitu ketika pesta pernikahan. Tetapi
selepas itu mereka harus menyiapkan kain kafan. Puteri mereka pasti akan Mati.

Beratus-ratus perempuan telah menjadi korban. Tetapi dendam sang raja
belum juga padam. Ia terus saja mencari perempuan-perempuan cantik,
menikahinya dan membunuhnya.

Suatu hari, sang raja bertemu dengan seorang perempuan cantik. Ternyata
perempuan itu adalah puteri penasihat kerajaan. Sang raja pun langsung
melamar puteri cantik tersebut pada penasihatnya. Sang penasihat bingung
menghadapinya. Ia tahu nasib yang menanti puteri kesayangannya. Selepas
perkahwinan, ia akan kehilangan puterinya ntuk selamanya. Tetapi untuk
menolak permintaan sang raja pun berat. Dan akibatnya sama saja. Kematian
dirinya sendiri dan puterinya juga.

Di tengah kebingungan tersebut, sang puteri berjumpa dengan ayahnya.
"Ayah, terima saja lamaran sang raja. Aku tidak akan apa-apa. Aku yakin boleh aku boleh
mengubah tabiat sang raja. "Begitu kata putrinya.
Dengan berat hati, akhirnya penasihat kerajaan menerima lamaran raja.
Pesta pernikahan pun diadakan. Kali ini lebih megah dan meriah berbanding
dahulu. Kerana yang berkahwin adalah seorang raja dan seorang puteri
penasihat kerajaan.


Akhirnya pesta pun selesai. Malam pengantin pun menjelang. Pasangan
berbahagia itu pun melewatkan malam pertamanya dengan penuh kebahagiaan.
Pada saat, sang raja berganjak ke peraduan, permaisurinya bertanya: "Wahai
kekasihku, izinkanlah aku menceritakan sebuah kisah yang menakjubkan. "
Mendengar permintaan permaisurinya sang raja tersenyum senang. Ia memang
sangat senang mendengar kisah-kisah hebat. "Sila permaisuriku sayang."
Katanya.

Sang permaisuri pun memulai ceritanya. Begitu menariknya kisah-kisah yang ia
ceritakan, sampai sang raja tidak diserang mengantuk walau sejenak pun. Tetapi
ketika kisah itu sedang ada di puncak ketegangannya, sang permaisuri
menghentikan ceritanya. Ia berjanji akan meneruskan ceritanya esok
malam. Sang raja pun setuju. Mereka pun tertidur sejenak.
Sepanjang hari sang raja terus resah. Ia ingin cepat-cepat malam.

Ketika malam tiba, sang raja sudah siap di biliknya. Ia benar-benar
resah untuk mengetahui lanjutan kisah dari permaisurinya.
Sang permaisuri pun melanjutkan ceritanya. Ketika satu kisah sudah
berakhir, beliau teruskan dengan kisah seterusnya yang lebih menarik lagi. Tapi
seperti biasa, ketika satu kisah sedang diceritakannya, ia hentikan
ceritanya. Ia pun berjanji akan melanjutkan kisah itu besok malamnya.
Begitu terus setiap malam. Tidak terasa, pasangan itu tetap bersama selama
dua tahun. Kisah yang diceritakan sang permaisuri pun telah berjumlah
1000. Akhirnya pada akhir kisah yang ke-1001, sang permaisuri mengingatkan
sesuatu pada sang raja. Ia ingatkan tentang perilaku sang raja yang tidak
baik. Sang raja pun menyesal akan perilakunya. Ia meminta maaf pada
seluruh rakyatnya. Rakyat kerajaan itu, terutama penasihat kerajaan,
sangat senang. Raja mereka kembali adil dan bijak. Kerajaan itu pun makmur
dan sejahtera.

Itulah awal bermulanya kisah 1001 malam. Inilah kisah kemuncak
tentang peluang. Puteri penasihat kerajaan telah mengambil risiko yang sangat
besar. Kehilangan hidupnya. Demi peluang memperbaiki perilaku raja dan
kebaikan seluruh rakyat, sang putri menempuh bahaya. Akhirnya ia berjaya.
Entah bagaimana nasib kerajaan itu jika tidak ada putri seberani itu.
Mungkin kerajaan itu akan hancur. Mungkin rakyat akan memberontak pada
raja zalim tersebut. Untunglah sang puteri sangat cerdik melihat penyelesaian
masalah tersebut. Selain cerdik, ia juga seorang yang berani.

Sang putri mengajarkan dua hal itu. Keberanian dan kecerdasan.
Kedua-dua hal ini mesti seiring sejalan. Kedua-duanya saling memerlukan. Yang
satu tidak boleh terlepas dari yang lain. Jika anda berani saja, tapi tidak
cerdas, anda boleh terjebak ke jurang kegagalan berkali-kali, tanpa belajar
apapun darinya. Dan bila anda cerdas tapi tidak berani, anda hanya akan
jadi pengamat dan pengkritik, tanpa beraksi apa-apa.
Jadi, dalam mencipta, melihat, memanfaatkan, dan membagi peluang, anda
harus mempunyai dua iaitu Keberanian dan kecerdasan.

Alkisah Datangnya Cerita Seribu Satu Malam



Alkisah, seorang sultan di darat Parsi bernama Syahriyar (Syahriar atau Shahriar) شهريار dikunjungi oleh adiknya. Sang adik bermuram durja hingga membuat Raja Syahriyar risau dengan tabiat adiknya tersebut. Sang adik bermuram durja sebab dengan mata kepalanya sendiri melihat isterinya curang dan langsung dipancung dengan pedang, kedua-duanya.

Ajakan berburu Raja Syahriyar pun akhirnya tidak diikuti dan berdiam di istana yang membuatkan dirinya menjadi saksi mata melihat kakak iparnya curang di saat Raja Syahriyar memburu.Raja Syahriyar cuba untuk mengubati adiknya supaya kemurungannya itu hilang dan akhirnya adiknya menceritakan kepada Raja Syahriyar sebab kemurungannya itu. Raja Syahriyar marah dan akhirnya menangkap basah isterinya dan langsung memancung keduanya.

Setelah adiknya kembali Raja Syahriyar memerintahkan kepada Wazir - Wazir menurut lafaz Barat-(seorang perdana menteri) untuk mencari gadis untuk dinikahinya secara rasmi. Tetapi keesokan harinya akan dihukum pancung. Setelah beberapa lama Syahriyar meminta tiga hari sekali sebab semakin sukar mencari gadis muda, hingga akhirnya putri Wazir iaitu Syahrazad شهرزاد-Scherezade dengan tanpa paksaan meminta untuk berkahwin dengan sang Raja Syahriyar.

Secara rasmi akhirnya Syahriyar menikahi Syahrazad. Atas permintaan Dunyazad-Doniazade (adik Syahrazad) untuk mendengar cerita terakhir kalinya dari sang kakak, Raja Syahriyar pun memenuhi permintaan tersebut dan ikut mendengar cerita Syahrazad yang biasa ia lakukan untuk menjadi dongeng pengantara tidur adiknya itu.

keesokan harinya setelah berlalu satu hari berkahwin, akhirnya masa Syahrazad lepas dari hukuman pancung dan malamnya mulailah Syahrazad bercerita kepada Dunyazad dan Raja Syahriyar. Hingga pagi hari cerita tertunda kerana mengantuk menyerang semulanya. Namun petang hari Raja Syahriyar tidak sabar – sabar untuk mendengar cerita Syahrazad yang tergantung dan tak selesai tersebut, sehingga hukuman pancung pun ditunda lagi supaya dia dapat mendengar kelanjutan kisah Syahrazad itu.

Syahrazad bercerita terus tiap malam dan selalu berakhir dengan kisah yang tergantung (suspense) di pagi hari. Cerita yang disampaikan Syahrazad selalunya merupakan cerita dalam cerita sehingga meskipun satu cerita selesai rangka ceritanya tak pernah selesai. Cerita-cerita yang dikisahkan Syahrazad adalah dongeng yang kita kenal seperti Aladdin dan Lampu Wasiat, Sinbad Sang Pelaut, Ali Baba, Harun Al-Rasyid dan Abunawas, dan sebagainya.

Akhirnya selama 1001 malam Syahrazad terbebas dari hukuman pancung-dan dunia pun mendapat 1001 cerita-dan Raja Syahriyar pun menarik hukuman tersebut, serta Syahrazad tetap dicintainya menjadi permaisuri dan rakyatnya terutama para gadis yang merasa selamat dari Peraturan raja yang mengerikan itu.

Kisah Seribu Satu Malam ini banyak diceritakan kembali dalam pelbagai bahasa, tidak hanya di kawasan Parsi (sekarang wilayah Iran, Iraq, Afghanistan, Tajikistan dan Uzbekistan) tetapi juga oleh negeri-negeri Eropah, bahkan Amerika pun mengangkat cerita tersebut ke dalam filem dan kartun animasi .

Wednesday, April 20, 2011

Kisah Si Pemotong Kayu



Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku.”

Adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.”

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini…..

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ….

** Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau.

Berapa banyak harta yg kita ada? Bayangkan … baju2 kita yg “18 kodi” kat rumah tu. Blm lagi cite stok baju2 lama yg terperosok dlm almari.. Berapa lama lah agaknya kita nak kena soal nanti?

FaceBlog

Post
about

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH.

Info makanan sihat untuk kanak - kanak


Boleh dikatakan cabaran terkini ibu bapa mendidik anak adalah mengajak anak makan kerana selera si kecil tidak menentu dan kadang kala, ada yang langsung tidak mahu mengambil makanan sebaliknya selesa dengan hanya minum susu semata-mata.

Meskipun susu membekalkan tenaga dan anak anda kelihatan sihat, ada antara zat mahu pun vitamin hanya boleh didapati melalui pengambil makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sehubungan itu, adalah penting bagi ibu bapa memikirkan cara tertentu untuk menarik minat anak menghadapi juadah setiap hari kerana umum mengetahui makanan daripada dapur sendiri jauh lebih selamat, terutama dari aspek kebersihan berbanding makanan yang dijual di luar kediaman sendiri.

Perunding Masakan, Rohani Jelani, berkata kanak-kanak perlu diajar mengambil makanan sihat dan ibu bapa juga wajar memujuk anak mengambil menu sihat demi kelangsungan tumbesaran serta kesihatan anak.

“Kadang kala anak tidak akan menjamah makanan yang disediakan ibu bapa kerana mereka mempunyai cita rasa sendiri sedangkan mereka perlu mengambil makanan sihat untuk tenaga dan juga proses pembesaran.

“Ibu bapa juga mungkin lebih senang menyediakan menu berdasarkan cita rasa mereka menyebabkan berlaku percanggahan pendapat dengan anak. Perlu ada penyelesaian dengan tolak ansur terutama membabitkan makanan sihat,” katanya pada bengkel Bento Naturel: Makanan Sesuai Untuk Kanak-kanak, di Bayan Indah, baru-baru ini.
Rohani berkata, kanak-kanak paling tidak suka mengambil sayur menyebabkan ibu bapa mungkin risau kerana sayur adalah antara sumber vitamin yang diperlukan tubuh badan. Begitu juga buah-buahan, kebanyakannya tidak digemari kanak-kanak.

“Kanak-kanak akan menolak makanan yang mereka tidak gemari, jadi penyelesaian yang dicadangkan adalah membuat perjanjian dengan anak supaya mereka perlu mengambil sayur sekurang-kurang sedikit setiap kali makan.

“Penyediaan makanan di dalam bento (kotak makanan) mungkin boleh membantu ibu bapa memujuk anak mereka menikmati makanan disediakan di rumah. Resipi menggunakan bahan seperti minyak masak Naturel menjadikan makanan kekal enak walaupun disimpan di dalam peti dingin beku,” katanya.

Pada bengkel berkenaan yang turut disertai oleh pihak media dan blogger, Rohani menyediakan resipi donut, kek pelangi, telur hancur udang dan bawang serta pasta tofu ayam.

Bengkel berkenaan ternyata mengujakan kerana pihak media perlu menyediakan sendiri empat resipi dengan bahan mentah, termasuk mentega dan minyak Naturel yang disediakan wakil Naturel dan Bayan Indah.

Lebih menggembirakan, penggunaan kotak bento daripada Rubbermaid memudahkan kerja menyimpan makanan selain kanak-kanak pasti tertarik untuk menikmati menu sihat dan mengenyangkan disediakan ibu bapa jika menggunakan kotak berkenaan.

Kanak-kanak perlu makan ikut piramid pemakanan

Ibu bapa sering menganggap kanak-kanak hanya perlu mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit memandangkan saiz dan usia mereka yang masih muda walaupun hakikatnya kanak-kanak juga mengambil makanan yang hampir menyamai pemakanan orang dewasa.

Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam, berkata kunci pemakanan yang betul adalah mengamalkan pengambilan makanan seimbang, sederhana dan pelbagai selain penting mengikut piramid yang disarankan kementerian kesihatan walaupun untuk kanak-kanak.

“Cara terbaik memperkasakan anak adalah melalui pemakanan kerana makanan adalah nutrisi penting yang membekalkan tenaga untuk anak sepanjang hari.

“Ibu bapa perlu tahu anak mereka juga mengambil jumlah makanan yang hampir menyamai mereka kerana kanak-kanak memerlukan tenaga untuk membesar dengan sempurna. Makanan yang mereka ambil memberi kalori, protein, kalsium dan semua vitamin yang diperlukan,” katanya.

Katanya, pemakanan yang baik akan menjadi asas penting untuk kanak-kanak membesar dengan sihat. Oleh sebab itu, mereka perlu makanan yang cukup untuk kekal sihat dan cara terbaik membekalkan anak dengan pemakanan sihat adalah mengikut piramid pemakanan.

“Kanak-kanak wajar digalakkan mengambil pemakan yang pelbagai berdasarkan warna makanan seperti oren, merah, hijau dan putih yang mana setiap warna menyumbang kepada vitamin tertentu yang diperlukan badan.

“Kentang umpamanya, kita lazim membayangkan kentang adalah kentang goreng yang dianggap makanan ringan, sedangkan kita boleh menyediakan kentang dengan menu sihat seperti memanggang atau menyediakannya dalam bentuk makanan lain seperti pegedil,” katanya.

Beliau berkata, cara lain untuk mendidik anak menikmati hidup sihat dengan pengambilan makanan yang juga membina sahsiah diri ialah sentiasa menyediakan buah-buahan yang sudah siap dipotong sebagai snek harian.

“Sentiasa sediakan buah-buahan yang sudah siap dikupas dan dipotong di rumah. Jadikan ia sebagai snek ringan di rumah. Sayuran seperti timun juga boleh dijadikan snek dengan cara memotongnya kepada saiz kecil sesuai dengan selera anak.

“Ibu bapa mendorong anak mereka mengambil buah atau sayur secara tidak langsung dan lama kelamaan mereka pasti menggemari snek sihat disediakan. Ibu bapa juga tidak digalakkan menjadikan makanan sebagai pemangkin untuk anak berkelakuan baik,” katanya.

Indra juga menasihatkan ibu bapa supaya memberi kebebasan kepada anak membuat pilihan mengenai makanan yang mereka suka dengan membawa mereka ke kedai memilih sayur, buahan dan makanan sihat lain.

“Perkasakan mereka untuk membuat pilihan dengan membiarkan mereka melihat dan memilih serta mengambil sayuran yang disukai. Galakkan mereka membuat keputusan dan terangkan kenapa mereka boleh atau tidak mengambil makanan berkenaan supaya mereka berasa teruja untuk makan,” katanya.

INFO:

# Elakkan anak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku.

# Sentiasa sediakan buah di rumah sebagai snek ringan untuk menggalakkan anak mengambil makanan sihat.

# Beras perang baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi bahan antioksida yang diperlukan oleh badan.

# Beras perang juga tinggi serat yang boleh mengelakkan kanak-kanak terkena serangan jantung.

# Jangan jadikan makanan ringan atau makanan segera sebagai pemangkin untuk anak melakukan sesuatu.

# Cara terbaik menyediakan makanan untuk anak adalah dengan mengikut piramid makanan Malaysia.

Piramid Makanan Malaysia (Sila lihat contoh)

Lemak, minyak, gula dan garam
(Makan sedikit)

Susu dan produk tenusu, ikan, ayam, daging serta kekacang
(Makan secara sederhana)

Sayur-sayuran dan buah-buahan
(Makan banyak)

Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
(Makan secukupnya).

Pantun Kanak - Kanak

Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur

Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja

Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam

Burung Kakak Tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua

Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat

Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu

Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang

Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang

Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama

Ayun anak ayun
Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
Jangan tidur tinggi hari

Oh bulan mana bintang?
Atas puncak kayu ara
Oh tuan mana hilang?
Dalam dapur atas para

Buai kaduk-kaduk
Kaduk naik ke rimba
Panjang janggut datuk
Buat tali timba

Wednesday, April 6, 2011

BiLa MaNusIa TeRLaLu TaKsUB DgN PoLiTik!!!!!

tidak lama lagi pilihanraya Sarawak akan bermula... ermmm bahang kian terasa.. aku pun sedikit sebanyak dah kena tempias ke "BZ-an" nya..hahaha.. maklumlah aku kan penyokong Ehem2.. sekarang ni bkn itu yg menjadi isu yg hendak aku luahkan.. yang hendak aku coretkan disini bila manusia terlalu taksub dgn politik..yg YB2 tu tak kisah lah kan..sebab mereka yg bertanding.. tapi bila rakyat biasa terlalu mempertikaikan calon yang bertanding tu yg aku hairan sgt.. setiap manusia ada pendirian masing2.. kita tidak perlu mempertikaikannya sehingga nak bergaduh.. yg terjadi sekarang pihak penyokong berlawan mulut.. kalau berani lawan paranglah.. ni berani utk meluahkan kata2 sahaja.. tunjukkan dgn aksi bahawasanya anda menyokong YB anda itu.. org yg meluahkannya pun merupakan org di kalangan org2 yg berilmu tapi cara penyampaian mereka seperti org yg tidak berilmu..cakap main sedap mulut je.. ko rasa ko bgs sgt ke??? ini aku tujukan utk penyokong k..bkn nya YB.. aku tetap menyokong YB tu walau apa pun berlaku..hehehe.. i likeee it..yg aku hairan mempertikaikan kenapa calon tersebut tidak terpilih..sedangkan mereka merupakan ahli dalam parti yang sama.. selain itu mereka marah kenapa "orang kampung" mereka tidak terpilih..aduhai sayang sedarlah.. kamu2 yang memperjuangkan hak2 kpg kamu itu merupakan org luar sekarang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...