Saturday, May 14, 2011

Cara mudah membuat mata untuk doodle ANDA..

Mula anda mesti ada adobe photoshop..dalam kes saya, saya lebih selesa menggunakan adobe photoshop elements.. Kiranya software ini adalah untuk orang-orang yang kurang pengetahuan dalam photoshop ni seperti SAYA..haha..Saya baru saja berjinak dlm photoshop.. Kalau ada yang salah sila tegur ya..huhu…Anda mungkin lebih mahir menggunakan photoshop ini berbanding saya
Untuk membuat mata, saya hanya menggunakan shape tool dalam photoshop
Langkah pertama ialah tekan butang Ellipse tool (U) seperti yang terpapar dibawah.. Bila anda menekan butang ini di bahagian atas akan terpapar pelbagai bentuk yang anda mahu, petak bulat dan sebagainya.. Anda juga bolah menekan right click untuk mengaktifkan pelbagai bentuk yang anda rasakan sesuai..Tapi untuk mata sudah semestinya kita menggunakan bentuk bulat..hehe :P


Seterusnya bila sudah memilih bentuk yang anda mahu.. kita boleh mula melukis..bawa anak panah ke canvas dan lukis bentuk bulat..kalau anda suka mata yang sepet anda juga boleh mengatur sedikit bentuk tersebut seperti yang anda kehendaki..Saya lebih meminati mata yang besar dan bulat seperti dibawah..


Untuk membuat anak mata, tekan butang switch foreground and background terlebih dahulu untuk menukar warna anak mata..kerana sebelum ini warna yang dipilih adalah hitam, jadi kita akan menukarkannya dengan warna putih dengan menukar warna yang akan terpapar pada canvas, seperti yang terpapar pada gambar dibawah


Selepas itu tekan butang Pensil


Pilih saiz mata pensil yang sesuai dengan mata yang telah anda lukis tadi
Letakkan mouse pada mata yang telah dilukis dan pilih posisi mana anda henda meletakkan anak mata anda..


Klik mouse anda untuk mendapatkan hasil anak mata seperti dibawah..

Saya telah memilih untuk meletakkan dua anak mata satu kecil dan satu besar…Ini kerana saya merasakan bahawa dua anak mata membuatkan lukisan doodle saya lebih cantik dan comel (syok sendirilah tu)..hehe Selepas itu tekan butang Move Tool (V)..Ini kerana saya akan membuat pendua bagi mata tersebut..


Tekan butang Alt pada keyboard anda dan bawa mouse anda ke mata yang telah siap itu.. Pastikan butang Alt tersebut masih ditekan dan jangan lepaskan terlebih dahulu..Pastikan juga kotak pada mata yang telah dilukis itu adalah sama seperti gambar dibawah


Tarikkan mouse itu kesebelah kiri atau kanan canvas..Anda akan mendapat sepasang mata yang sangat comel..hehe
Tadaaaa..Siap sudah mata untuk doodle anda..Comelkan..hehe.. Selamat mencuba..

Sunday, May 8, 2011

Happy Aniversary Mama..Happy Aniversary Abah

Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan Mama & Abah..Ermm.. tak sangka mereka telah menempuhi alam perkahwinan selama 31 tahun.. Walaupun kadang-kadang ada berlaku perselisihan faham but they still together..So sweet.. Alangkah bestnya kalau aku dapat suami mcm Abah.. Handsome..hahaha..baik hati.. yang paling penting SAYANGKAN Mama sepenuh hati..Alangkah bertuahnya Mama mendapat suami seperti Abah.. Orang yang paling aku sayang ialah Mama & Abah.. Tanpa mereka maka tidak adalah aku sekarang ini..Mama Abah, I love both of you very much.. Disini I ingin mengucapkan selamat ulang tahun..Semoga bahagia selalu, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..I am always be your little girl..Ingin rasanya kembali ke zaman kanak-kanak..Ermmm..


Sayang Mama & Abah sampai bila - bila <3

I tujukan khas gambar ini untuk mama & abah..hehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...